Sunday, March 8, 2009

Demang Lebar Daun

Pengenalan

Bahagian 1


Allah berfirman;


” Wahai orang-orang yang beriman, Taatilah Allah dan taatilah Rasul, dan Ulil amri diantara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al-QURAN) dan Rasulnya (SUNNAHNYA), jika kamu benar – benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya. (Surah An-Nisa : 59)


” Kamu (umat Islam) adalah umat terbaik yg di lahirkan untuk manusia, (kerana kamu) menyuruh (berbuat) yg ma’ruf, dan mencegah dari yg mungkar, dan beriman kepada Allah.” ( Surah Al-Imran:110 ).


Sabda Rasullulah SAW;


” Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yg mana apabila kamu berpegang padanya kamu tidak akan sesat; iaitu Al-Quran dan Al-Sunnah” ( Riwayat Malik ).

Sejarah Melayu;

Petikan kisah Demang Lebar Daun dengan Sang si Perba

Sang si Perba (Nila Utama)– Anak Raja Suran Keturunan Iskandar Zulkarnain

Demang Lebar Daun – Raja Palembang

Nila Utama, Nila Pahlawan dan Kerishna Pendita diceritakan muncul di tengah Sungai Melayu, di Bukit Siguntang, yang hulunya di Gunung Maha Miru, dekat padang Penjaringan dalam negeri Palembang. Dua beradik Nila Utama bertemu jodoh iaitu Nila Pahlawan berkahwin dengan Wan Empok dan Kerishna Pendita berkahwin dengan Wan Malini. Nila utama pula mendapat gelaran baru iaitu Sang si Perba.

Palembang diperintah oleh raja yang bernama Demang Lebar daun. Mendengar khabar ada anak raja besar keturunan Iskandar Zulkarnain turun di Bukit Siguntang, baginda pun terus ke sana untuk bertemu-muka dan mengambil berkat kebesaran anak raja itu.

Dipendekkan cerita, berita ini tersebar ke jauh merata tempat di alam pelusuk melayu. Maka raja –raja lain pun datang sama dan ada yang membawa anak bini. Maka Sang Si Perba pun mengambil mana-mana puteri raja dibuat isteri dan mereka menerima sahaja kerana rasa bertuah bermenantukan anak cucu Iskandar Zulkarnain. Malangnya, semua puteri ini kedal setelah “dijamah” baginda.

Tersebutlah nama anak Demang Lebar Daun iaitu Wan Sendari yang cantik paras rupa. Sang Si Perba berniat untuk memperisterikannya tetapi si bapa (Demang lebar daun) pula khuatir puterinya pun akan kedal.

Sembah Demang Lebar Daun:

“Jikalau anak patik tuanku peristeri, nescaya kedallah”. Akan tetapi jikalau tuanku ingin berwa’adat (berjanji sumpah setia) dengan patik, maka patik persembahkan anak patik ke bawah duli Yang di-Pertuan.”

Disinilah termetrai taat setia anak melayu dengan Raja besarnya. Sebab itulah sudah menjadi darah melayu untuk taat kepada Raja.

Sembah Demang Lebar Daun:

“Adapun tuanku, segala anak cucu patik sedia akan jadi hamba ke bawah duli Yang di-Pertuan; hendaklah ia diperbaiki oleh anak cucu duli tuanku. Dan jika ia berdosa, sebesar-besar dosanya pun, jangan difadhihatkan, dinusta dengan kata-kata jahat. Jikalau besar dosanya dibunuh, itupun jikalau berlaku pada hukum Shara’.”

Sang Si Perba bertitah:

“Akan minta bapa itu hamba kabulkanlah. Tetapi hamba minta satu janji pada bapa hamba…

Sembah Demang Lebar Daun:

‘Janji yang mana itu, tuanku?”

Sang Si Perba bertitah:

“Hendaklah akhir zaman kelak anak cucu bapa hamba jangan derhaka pada anak cucu kita. Jikalau ia zalim dan jahat pekerti sekali pun”.

Sembah Demang Lebar Daun:

“Baiklah tuanku. Tetapi jikalau anak buah tuanku dahulu mengubahkan dia, maka anak cucu patek pun mengubahkanlah.

”Sang Si Perba bertitah:

“Baiklah, kabullah hamba akan wa’adat itu.”


Mereka pun bersumpah-sumpahan serta berteguh janji, barang siapa yang mengubah perjanjian itu dibalikkan Allah bumbung rumahnya ke bawah, tiangnya ke atas.

Masa tidak mengizinkan saya untuk menyambung leteran ini. Izinkan saya berundur diri dan insyaallah saya akan kembali dengan leteran yang lain dalam waktu terdekat. Salam Hormat dan berjumpa lagi.