Thursday, November 26, 2009

Mempertahan budaya - bukan satu keutamaan ???? (Klik utk link ke Utusan)

Assalammualaikum..

Saya tertarik  dengan tulisan Dr. Mohd Reduan Tee Abdullah dalam Mingguan Malaysia pada 22/Nov/2009 bertajuk jangan politikkan pendidikan. Apa yang menarik sangat dengan tulisan beliau???? Mungkin betullah kata beliau ini semua cuma fantasi untuk mewujudkan sekolah satu aliran jika kita tidak bersungguh-sungguh untuk melaksanakannya. Saya lebih bersetuju dengan beliau bahawa biarlah kita bergaduh sekarang demi untuk kesejahteraan anak cucu kita pada masa hadapan. Apa sebenarnya maksud beliau???? Saya juga bersetuju dengan pandangan beliau bahawa kalau hendak mempertahankan bahasa, pertahankanlah cara hidup sekali?


Sungguh dalam makna teguran beliau.... sama-sama la kita fikirkan

"Jika mahu mempertahankan warisan nenek moyang, jagalah budaya dan cara hidup semua sekali? Jangan hanya isu bahasa sahaja, sebab isu bahasa adalah masalah negara" - Dr Mohd Riduan Tee Abdullah

Siapa Chin Peng dimata rakyat Malaysia

Asalammualaikum semua....

Desakan pihak-pihak tertentu untuk mendesak kerajaan agar membenarkan Chin Peng balik ke malaysia boleh dianggap tidak mempedulikan sensitiviti perasaan rakyat malaysia terutama golongan bekas tentera, polis dan bangsa melayu amnya. Meskipun ada diantara ahli komunis ini dari bangsa melayu tetapi ia bukanlah mencerminkan sokongan mereka.

walau apa pun yang telah berlaku.... kekejaman Chin Peng dan komunis telah terpahat dalam sejarah malaysia dan tidak ada sesiapa yang boleh mengubah hakikat itu. Sebagai generasi muda saya sesekali tidak bersetuju dengan cadangan golongan terbabit. Rasa hormat kepada perajurit yang berjuang membersihkan komunis dari bumi tercinta ini patut disemai. Mereka adalah wira negara dan bukannya Chin Peng & Co.

Ada juga diantara kawan saya yang bersetuju dengan perjuangan komunis ini. Alasan mereka ialah kerana ada juga komunis melayu yang berjuang dan membantu dalam kemerdekaan Malaysia. Dari sudut manakah pertimbangan ini. Adakah setelah membaca blog perkampungan perdamaian shukirin mereka boleh merombak kembali sejarah????

Bagi saya ada hikmahnya perkara ini.... MUNGKIN MASIH ADA LAGI SAKI BAKI KOMUNIS DIMALAYSIA DAN MASIH MENTAATI CHIN PENG. 


BUKTINYA MASIH ADA YANG TIDAK TAAT PADA YANG DI PERTUAN AGONG DAN SULTAN. MENGHADIRI MAJLIS RASMI ISTANA DAN KERAJAAN TETAPI ENGGAN MENGIKUT PROTOKOL.


WAHAI GENERASIKU FIKIRKANLAH