Thursday, November 26, 2009

Siapa Chin Peng dimata rakyat Malaysia

Asalammualaikum semua....

Desakan pihak-pihak tertentu untuk mendesak kerajaan agar membenarkan Chin Peng balik ke malaysia boleh dianggap tidak mempedulikan sensitiviti perasaan rakyat malaysia terutama golongan bekas tentera, polis dan bangsa melayu amnya. Meskipun ada diantara ahli komunis ini dari bangsa melayu tetapi ia bukanlah mencerminkan sokongan mereka.

walau apa pun yang telah berlaku.... kekejaman Chin Peng dan komunis telah terpahat dalam sejarah malaysia dan tidak ada sesiapa yang boleh mengubah hakikat itu. Sebagai generasi muda saya sesekali tidak bersetuju dengan cadangan golongan terbabit. Rasa hormat kepada perajurit yang berjuang membersihkan komunis dari bumi tercinta ini patut disemai. Mereka adalah wira negara dan bukannya Chin Peng & Co.

Ada juga diantara kawan saya yang bersetuju dengan perjuangan komunis ini. Alasan mereka ialah kerana ada juga komunis melayu yang berjuang dan membantu dalam kemerdekaan Malaysia. Dari sudut manakah pertimbangan ini. Adakah setelah membaca blog perkampungan perdamaian shukirin mereka boleh merombak kembali sejarah????

Bagi saya ada hikmahnya perkara ini.... MUNGKIN MASIH ADA LAGI SAKI BAKI KOMUNIS DIMALAYSIA DAN MASIH MENTAATI CHIN PENG. 


BUKTINYA MASIH ADA YANG TIDAK TAAT PADA YANG DI PERTUAN AGONG DAN SULTAN. MENGHADIRI MAJLIS RASMI ISTANA DAN KERAJAAN TETAPI ENGGAN MENGIKUT PROTOKOL.


WAHAI GENERASIKU FIKIRKANLAH

No comments:

Post a Comment