Friday, April 3, 2009

Anuar & HINDRAF

Saudara saudari,

Dalam isu HINDRAF ini, anuar cuba untuk menjadi hero kepada kaum india. Ini terbukti apabila anuar sanggup menyokong pertubuhan haram ini dengan sokongan terbuka (sila Klik) kepada penaung HINDRAF P. Uthayakumar sewaktu dihadapkan ke mahkamah dan pelbagai isu lain. Untuk pengetahuan semua HINDRAF adalah sebuah pertubuhan haram (sila klik) dan menyalahi undang - undang. Anuar pun tahu sudah maklum dengan perkara itu. Tetapi kenapa beliau mengorak langkah untuk menyokong HINDRAF. Umum tahu ini adalah salah satu strategi anuar untuk meraih sokongan kaum india apabila tiba PRU akan datang. Anuar memang berpandangan jauh.

Tetapi saudara saudari sekalian, apa yang saya lihat di sini HINDRAF cuma berminat untuk memperjuangkan kehendak HINDRAF. HINDRAF tidak menyokong semua perjuangan anuar. Fikirkan saudara saudari....., anuar yang dianggap sebagai rakan seperjuangan oleh HINDRAF, dan sudah menjadi adat berkawan untuk menyokong semua perjuangan si kawan tadi. Tetapi apa yang saya lihat disini adalah seperti mengambil kesempatan sahaja.
Sudah menjadi adat berkawan, susah dan senang mestilah bersama-sama.

Mungkin anuar beranggapan beliau boleh meraih sokongan kaum india melalui isu HINDRAF ini tetapi hakikat yang sebenar - benarnya ANUARlah yang DIPERKUDAKAN. Fikrkan lah semasak-masaknya sebelum bertindak dan menyokong. Selebihnya saya serahkan kepada pertimbangan saudara saudari untuk membuat kesimpulan. Jangan lupa pesan orang dulu-dulu..... itu saja.

Bertindak seperti orang hilang akal


Isu Pertama

Mendakwa Pak Lah tidak akan meletak jawatan sebagai Perdana Menteri selepas pemilihan Agung UMNO 2009.

Kedengaran disana sini yang kononnya Pak Lah tidak akan menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada timbalannya walaupun beliau bukan lagi presiden UMNO. Ini kerana akan ada desakan daripada ahli-ahli UMNO peringkat akar umbi agar Pak Lah meneruskan tugasnya sebagai perdana menteri. Kita di uar-uarkan dengan Presiden UMNO tidak semestinya menjadi perdana menteri. Ini tidak termaktub dalam perlembagaan persekutuan. Bermakna dalam perlembagaan persekutuan tidak ada menyatakan bahawa presiden UMNO mesti menjadi Perdana Menteri.

Kita semua tahu siapa dalang di sebalik cerita ini.

Isu kedua

Memohon kepada Yang Di-Pertuan Agung agar menangguhkan perlantikan Dato' Seri Najib sebagai Perdana Menteri.

Surat bertarikh 28 Mac (sila klik untuk melihat surat tersebut) dari geng-geng PR seramai 81 orang dengan diketuai oleh Anuar Ibrahim menghantar surat kepada Yang Di-Pertuan Agung agar memperkenankan penagguhan perlantikan Dato' Seri Najib sebagai perdana menteri atas alasan tertentu. Alhamdulillah Tuanku tidak mendengar nasihat daripada golongan yang bercita-cita merampas negara ini dengan cara putra katak.

Saudara saudari sekalian,

Segala yang mereka rancangkan tidak menjadi kenyataan. Terbukti takdir Allah mengatasi segala kehendak mereka. Jika kita fikirkan semuanya, apa yang mereka rancangkan hanyalah bertujuan untuk menjatuhkan siapa sahaja yang menjawat jawatan perdana menteri. Mereka fikirkan, orang pilihan mereka sahaja yang lebih layak menjadi perdana menteri. Saya mengajak para pembaca untuk sama - sama memahami pangkal permasaalahan umat Malaysia sekarang. Mari kita kaitkan segala peristiwa mengikut kronologi dan mencari sebabnya. Mari kita bongkar asbab sebab mengapa mereka suka menjatuhkan kredibiliti seseorang pemimpin. Adakan ia berkaitan dengan kes - kes yang sedang dalam siasatan atau pun ada agenda - agenda yang tersembunyi. Sekian Wassalam.......

Semoga Malaysia di Rahmati Allah

Dato' Seri Najib Tun Abd. Razak menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke-6. Semoga beliau membawa kemakmuran dan kejayaan kepada kita semua. Berikut adalah senarai Perdana Menteri Malaysia sehingga kepada Najib.

R = Tunku Abd. Rahman Putra Al-Haj
A = Abd. Razak Bin Dato' Hussein Al-Haj
H = Hussein Bin Dato' Onn
M = Mahathir Bin Mohammad
A = Abdullah Bin Ahmad Badawi
N = Najib Bin Abd Razak

Najib mengangkat sumpah sebagai PM ke6

السلام عليكم ورحمة الله وبركات

Dato' Seri Najib Tun Abd. Razak akan mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke 6 pada jam 10 pagi ini di istana negara. Perkara ini telah diumumkan oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan. Menurut KSN itu, Yang Di-Peruan Agong berkenan supaya Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bersamasama Najib menghadap Seri Paduka pukul 10 pagi ini untuk Abdullah menyerahkan surat melepaskan jawatan Perdana Menteri dan memohon perkenan melantik Najib sebagai Perdana Menteri yang baru.

Upacara angkat sumpah ini akan di siarkan secara langsung di TV1 pada hari ini.Alhamdulillah marilah kkita sama-sama berdoa agar bumi malaysia ini aman dibawah pemerintahan Dato' Seri Najib. Kita ucapkan ribuan terima kasih kepada Pak Lah kerana sepanjang beliau menjadi perdana menteri, Malaysia masih mampu meneruskan pembangunan dan imej baik sebelum ini. Kesederhanaan dan keterbukaan beliau akan sentiasa kita kenang sehingga ada yang mengelar beliau sebagai " Bapa Demokrasi Baru Malaysia ".

Mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir pula melahirkan hasrat untuk menghadiri majlis angkat sumpah itu hari ini jika di jemput. Ini satu petanda yang baik untuk bakal perdana menteri kita yang baru kerana rakyat melihat kehadiran mantan perdana menteri itu sebagai sokongan kepada barisan kepimpinan yang baru.

Lain pula cerita dari ahli parlimen pakatan rakyat. Kesemua 81 ahli pakatan rakyat menantatangani patisyen mendesak Yang Di-Pertuan Agong agar menangguhkan perlantikan Dato' Seri Najib sebagai perdana menteri yang baru. Petisyen itu, yang diserahkan kepada Istana Negara semalam, ditandatangani oleh penasihat PKR Datuk Anwar Ibrahim, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan ketua parlimen DAP Lim Kit Siang. Menghalang Dato' Seri Najib untuk menjadi perdana menteri sudah di jangkakan. Ini kerana PR merasa risau dengan ketegasan Dato' Seri Najib apabila menjadi perdana menteri kelak. Semasa di bawah pemerintahan Pak Lah, mereka telah mengambil peluang atas nama kebebasan bersuara sehingga menjadikan rakyat negara ini berbeza pendapat.