Thursday, April 16, 2009

PR ... isu kepimpinan dan moral

Setelah dua bulan bercuti Elizabeth Wong kembali bertugas sebagai exco selangor dan ADUN Bukit Lanjan. Penyebaran gambar bogelnya masih dalam siasatan polis dan penulis merasakan tidak perlu untuk mengulas lanjut berkenaan skandal tersebut. Mungkin Elizabeth Wong bercuti 2 tahun pun tidak apa, kerana PR-kan ada. Persoalannya di sini:-

1. Adakah penduduk dikawasan bukit lanjan merasa amanah yang mereka beri kepada orang yang bernama Elizabeth Wong ini dilaksanakan dengan sebaik mungkin?

2. Apakah perasaan penduduk bukit lanjan apabila mengetahui wakil rakyat mereka yang terlibat dengan skandal tersebut masih lagi bertugas dan menjadi wakil rakyat mereka?

3. Sepanjang tempoh bercuti selama 2 bulan, kepada siapakah penduduk bukit lanjan mengadu berkaitan hal - hal kemasyarakatan dan pelbagai isu di tempat mereka?

4. Bukankah undi penduduk bukit lanjan pada PRU 12 baru - baru ini diberi kepada calon yang pada pandangan mereka bersih dari segala skandal dan moralnya boleh menjadi contoh pada golongan muda di kawasan tersebut?

5. Sebagai seorang(Elizabeth Wong) yang mendakwa berprinsip dan berpegang teguh dengan prinsip tersebut, Wajarkah Elizabeth Wong kembali semula bertugas seperti tiada apa - apa yang berlaku?

*** Ingatlah Elizabeth Wong.... anda adalah pilihan penduduk bukit lanjan. Kehidupan anda adalah milik penduduk bukit lanjan. Oleh itu apapun yang berlaku itu adalah kerana anda membenarkan apa yang telah berlaku***

Apa yang penulis ingin utarakan disini ialah berkenaan isu kepimpinan dan moral yang cuba ditutup oleh pakatan rakyat yang memerintah selangor. Sebagai mana PR cuba untuk menjatuhkan imej dan kredebiliti para pemimpin BN melalui penyebaran berita palsu atau fitnah, PR(pertubuhan yang belum berdaftar) seolah olah tidak menyedari bangkai didepan mata. Bertindak seolah - olah tiada apa yang berlaku dan beria-ia mendakwa bahawa ada dalang (bukan konspirasi PR) yang merancang konpirasi tersebut. Saya tengok isu yang melibatkan kepimpinan ini paling teruk melanda negeri-negeri yang dikuasai pakatan pembangkang. Bermula dari isu rasuah, moral dan keputusan - keputusan yang mencerminkan bahawa orang melayu mudah diperbudakkan(Cuma angguk sahaja).

Misi dan visi PR (pertubuhan yang belum berdaftar) sebelum pilihanraya nampaknya hangat-hangat tahi ayam. Apa yang kita lihat sekarang mereka hanya sibuk untuk berpolitik dengan cara yang paling sensasi. Dalam kegawatan ekonomi sekarang, PR(pertubuhan yang belum berdaftar) lebih suka untuk mengadakan pilihanraya kecil dan mungkin sehinggalah PRU 13 akan datang agar rakyat yang mengundi mereka masih lena dibuai kemenangan PRU 12.

Pilihanraya akan diadakan di Pulau Pinang setelah bekas timbalan ketua menteri 1 Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin hari ini mengumumkan keputusannya meletak jawatan ADUN Penanti, berkuatkuasa hari ini. Ini berikutan pelbagai skandal yang beliau didakwa daripada PKR sendiri. Pilihanraya lagi kita......

Dan apa yang berlaku di bukit selumbar sebelum ini juga seperti sudah boleh dijangka. Di Perak hajat PR(pertubuhan yang belum berdaftar) untuk membubarkan DUN tidak mendapat perkenan Sultan Perak, PR(pertubuhan yang belum berdaftar) tidak putus asa untuk pembubaran DUN. Mereka sanggup mohon derhaka dan mencabar keputusan sultan sehingga ke mahkamah.

*** PR saja yang betul.... ye ke..... penulis harap kita dapat memahami sebenar-benarnya apa perjuangan PR dan matlamat mereka. Bukan kerana mata.......***

Saturday, April 4, 2009

Tidak ada lagi kebebasan intelektual dalam berpolitik di Malaysia.

Sebelum Pilihan Raya Umum ke 12, unsur - unsur hasutan, cercaan dan fitnah cuma berlaku di negeri-negeri tertentu apabila berkempen. Namun menjelang dan lebih teruk lagi selepas PRU ke12, unsur-unsur ini semakin berleluasa dan rakyat malaysia seakan-akan membenarkan perkara ini. Ini lebih cendrong di lakukan sebilangan pihak yang ingin memanipulasi minda rakyat agar menyokong mereka. Mencerca, memaki hamun, mengutuk, bahkan mungkin memfitnah lawan yang tidak sealiran atau sependapat dengan mereka. Jika ini menjadi amalan politik di malaysia, maka secara simboliknya nilai-nilai intelektual bagi mereka yang membenarkannya berada ditahap yang paling rendah sekali. Amalan politik kotor ini telah merampas kebebasan intelektual dalam berpolitik di malaysia. Ada diantara mereka ini yang di jemput sebagai pensyarah universiti terkemuka diluar negara, lulusan agama dan golongan profesional. Tetapi apa sudah jadi dengan anda. Matlamat tidak menghalalkan cara.

Bercakap mengenai ungkapan "Matlamat tidak menghalalkan cara" ini saya teringat kepada ustaz saya semasa di sekolah dulu. Ustaz saya ni mengajar subjek agama iaitu Pendidikan Al-Quran Dan Sunnah. Di pendekkan cerita, dalam kelas ustaz saya ni sempat pula berkempen politik. Beliau selalu merujuk kerajaan di bawah pimpinan Tun Dr. Mahathir pada waktu itu sebagai kerajaan taghut(kafir). Semasa itu Dato' Seri Anuar Ibrahim masih lagi dalam kerajaan dan UMNO. Walaupun ada kebaikan yang dilakukan kerajaan ketika itu tetapi menurut pendapat beliau tetap salah. Kerana kerajaan yang ada bukan kerajaan islam tetapi kerajaan taghut (kafir). Matlamat tidak menghalalkan cara katanya.

Senario yang terjadi sekarang, mungkin pemimpin dan para penyokong golongan ini beranggapan bahawa sudah tiba masanya matlamat menghalalkan cara. Dimanakah nilai ilmu yang diajar kepada saya tadi. Walaupun saya fikirkan ketika dibangku sekolah untuk tidak membenarkan apa yang ustaz saya katakan kepada kami semua. Tetapi nilai kepercayaan ustaz saya cuba ajar kepada kami seperti tidak mengikuti tradisi para ilmuan kita yang terdahulu. Kalau ustaz terbaca coretan saya ini, saya pohon halalkan segala ilmu yang ustaz sampaikan. Melalui perbezaan ini kita mencari titik pertemuan. Semoga usaha kita diberkati Allah.

Politik berlandaskan intelektual bagi saya ialah melalui ilmu. Ilmu-ilmu itu seperti ilmu politik, kemasyarakatan, agama, ekonomi, perpaduan dan banyak lagi. Jangan dimomokkan kepada rakyat perkara yang tidak masuk akal. Rakyat kita hari ni pun sudah ramai yang berilmu. Apabila mendengar sesuatu isu, saya percaya mereka akan selidik dulu. Janganlah sensasikan sesuatu dengan cara "Cukup kerusi lompat nanti kita akan memerintah". Meletakkan rakyat keseluruhannya dalam keadaan tidak menentu. Berpolitiklah dengan dengan rasa ikhlas bukan berpolitik dengan cara "gunalah apa cara sekalipun YANG PENTING MENANG".

Sekian,

Anuar kata di Malaysia, penggunaan nama Allah tidak boleh digunakan oleh penganut agama lain disebabkan oleh UMNO.

Anuar... anuar...

Apa nak jadi dah dengan anuar kita ni. Berpolitik dah pangkat senior, masih lagi menggunakan isu sensitif untuk berkempen. Saya pun confuse anuar di pihak mana ni. Wahai semua orang islam di malaysia!!!!!!!!!! cuba lah nasihat sedikit anuar ni. Mesti dia dengar kita nasihat sebab kita ni rakyat malaysia....... sebabnya anuar kata kuasa ditangan rakyat..... ya di tangan kita semua katanya. Jadi nasihatkan dia supaya komited memperjuangkan hak-hak orang melayu di malaysia ini. Jangan jadi macam ular...dan geng2 nya sekali. Ingat pesan orang melayu dulu-dulu.... huhuhuhu. Kalau kerajaan bertindak ikut undang-undang mesti pak nuar kata konspirasi .... ala macam biasa lah. Dah itu senjata ampuh dia. Lepas tu apa lagi demonstrasi jalanan le......

Pak Nuar tau sampai bila pun PKR takkan setanding UMNO. Ini setelah kita lihat dari semua sudut. Perjuangan, cara berjuang, sebab penubuhan dan macam-macam lagi. Semasa Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini tentu pak nuar terkenang-kenang semasa dia dalam UMNO....... kan..kan....kan.... Indahkan memori tu pak nuar...... jangan nak membohong la kalau tak indah. Berucap di hadapan perwakilan dengan tepukan dan sokongan ahli-ahli UMNO. Berjawatan timbalan presiden UMNO lagi. Tunggu hari je nak jadi Perdana Menteri. Tapi Takdir Allah mengatasi segala-galanya. Bermuhasabah lah. Sebab itulah dia tidak senang duduk kalau nak tau. Sehinggakan berkempen tak ketinggalan nak sebut "UMNO". kalau dulu sebut hidup UMNO..... kah..kah...kah... sekarang boleh sebut UMNO sahaja. Tak pe la yang penting sebut "UMNO". Lagi sekali pak nuar "UMNO". Yeah mcm tu le.

Masa berkempen jangan lah nak kaitkan UMNO dengan perkara sensitif. Nanti kena..... ini bukan zaman Pak Lah lagi..... zaman dah berubah. Ubah lah cara kempen tu. Atau memang nak lagi. Tak salah ni pak Najib..... dia dah menyentuh isu yang paling sensitif. Saya pun tak sanggup nak ulas di sini apa ke hal nya.. sila klik link ini kalau nak tau. Astagfirullah hal azim.....

Friday, April 3, 2009

Anuar & HINDRAF

Saudara saudari,

Dalam isu HINDRAF ini, anuar cuba untuk menjadi hero kepada kaum india. Ini terbukti apabila anuar sanggup menyokong pertubuhan haram ini dengan sokongan terbuka (sila Klik) kepada penaung HINDRAF P. Uthayakumar sewaktu dihadapkan ke mahkamah dan pelbagai isu lain. Untuk pengetahuan semua HINDRAF adalah sebuah pertubuhan haram (sila klik) dan menyalahi undang - undang. Anuar pun tahu sudah maklum dengan perkara itu. Tetapi kenapa beliau mengorak langkah untuk menyokong HINDRAF. Umum tahu ini adalah salah satu strategi anuar untuk meraih sokongan kaum india apabila tiba PRU akan datang. Anuar memang berpandangan jauh.

Tetapi saudara saudari sekalian, apa yang saya lihat di sini HINDRAF cuma berminat untuk memperjuangkan kehendak HINDRAF. HINDRAF tidak menyokong semua perjuangan anuar. Fikirkan saudara saudari....., anuar yang dianggap sebagai rakan seperjuangan oleh HINDRAF, dan sudah menjadi adat berkawan untuk menyokong semua perjuangan si kawan tadi. Tetapi apa yang saya lihat disini adalah seperti mengambil kesempatan sahaja.
Sudah menjadi adat berkawan, susah dan senang mestilah bersama-sama.

Mungkin anuar beranggapan beliau boleh meraih sokongan kaum india melalui isu HINDRAF ini tetapi hakikat yang sebenar - benarnya ANUARlah yang DIPERKUDAKAN. Fikrkan lah semasak-masaknya sebelum bertindak dan menyokong. Selebihnya saya serahkan kepada pertimbangan saudara saudari untuk membuat kesimpulan. Jangan lupa pesan orang dulu-dulu..... itu saja.

Bertindak seperti orang hilang akal


Isu Pertama

Mendakwa Pak Lah tidak akan meletak jawatan sebagai Perdana Menteri selepas pemilihan Agung UMNO 2009.

Kedengaran disana sini yang kononnya Pak Lah tidak akan menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada timbalannya walaupun beliau bukan lagi presiden UMNO. Ini kerana akan ada desakan daripada ahli-ahli UMNO peringkat akar umbi agar Pak Lah meneruskan tugasnya sebagai perdana menteri. Kita di uar-uarkan dengan Presiden UMNO tidak semestinya menjadi perdana menteri. Ini tidak termaktub dalam perlembagaan persekutuan. Bermakna dalam perlembagaan persekutuan tidak ada menyatakan bahawa presiden UMNO mesti menjadi Perdana Menteri.

Kita semua tahu siapa dalang di sebalik cerita ini.

Isu kedua

Memohon kepada Yang Di-Pertuan Agung agar menangguhkan perlantikan Dato' Seri Najib sebagai Perdana Menteri.

Surat bertarikh 28 Mac (sila klik untuk melihat surat tersebut) dari geng-geng PR seramai 81 orang dengan diketuai oleh Anuar Ibrahim menghantar surat kepada Yang Di-Pertuan Agung agar memperkenankan penagguhan perlantikan Dato' Seri Najib sebagai perdana menteri atas alasan tertentu. Alhamdulillah Tuanku tidak mendengar nasihat daripada golongan yang bercita-cita merampas negara ini dengan cara putra katak.

Saudara saudari sekalian,

Segala yang mereka rancangkan tidak menjadi kenyataan. Terbukti takdir Allah mengatasi segala kehendak mereka. Jika kita fikirkan semuanya, apa yang mereka rancangkan hanyalah bertujuan untuk menjatuhkan siapa sahaja yang menjawat jawatan perdana menteri. Mereka fikirkan, orang pilihan mereka sahaja yang lebih layak menjadi perdana menteri. Saya mengajak para pembaca untuk sama - sama memahami pangkal permasaalahan umat Malaysia sekarang. Mari kita kaitkan segala peristiwa mengikut kronologi dan mencari sebabnya. Mari kita bongkar asbab sebab mengapa mereka suka menjatuhkan kredibiliti seseorang pemimpin. Adakan ia berkaitan dengan kes - kes yang sedang dalam siasatan atau pun ada agenda - agenda yang tersembunyi. Sekian Wassalam.......

Semoga Malaysia di Rahmati Allah

Dato' Seri Najib Tun Abd. Razak menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke-6. Semoga beliau membawa kemakmuran dan kejayaan kepada kita semua. Berikut adalah senarai Perdana Menteri Malaysia sehingga kepada Najib.

R = Tunku Abd. Rahman Putra Al-Haj
A = Abd. Razak Bin Dato' Hussein Al-Haj
H = Hussein Bin Dato' Onn
M = Mahathir Bin Mohammad
A = Abdullah Bin Ahmad Badawi
N = Najib Bin Abd Razak

Najib mengangkat sumpah sebagai PM ke6

السلام عليكم ورحمة الله وبركات

Dato' Seri Najib Tun Abd. Razak akan mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke 6 pada jam 10 pagi ini di istana negara. Perkara ini telah diumumkan oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan. Menurut KSN itu, Yang Di-Peruan Agong berkenan supaya Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bersamasama Najib menghadap Seri Paduka pukul 10 pagi ini untuk Abdullah menyerahkan surat melepaskan jawatan Perdana Menteri dan memohon perkenan melantik Najib sebagai Perdana Menteri yang baru.

Upacara angkat sumpah ini akan di siarkan secara langsung di TV1 pada hari ini.Alhamdulillah marilah kkita sama-sama berdoa agar bumi malaysia ini aman dibawah pemerintahan Dato' Seri Najib. Kita ucapkan ribuan terima kasih kepada Pak Lah kerana sepanjang beliau menjadi perdana menteri, Malaysia masih mampu meneruskan pembangunan dan imej baik sebelum ini. Kesederhanaan dan keterbukaan beliau akan sentiasa kita kenang sehingga ada yang mengelar beliau sebagai " Bapa Demokrasi Baru Malaysia ".

Mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir pula melahirkan hasrat untuk menghadiri majlis angkat sumpah itu hari ini jika di jemput. Ini satu petanda yang baik untuk bakal perdana menteri kita yang baru kerana rakyat melihat kehadiran mantan perdana menteri itu sebagai sokongan kepada barisan kepimpinan yang baru.

Lain pula cerita dari ahli parlimen pakatan rakyat. Kesemua 81 ahli pakatan rakyat menantatangani patisyen mendesak Yang Di-Pertuan Agong agar menangguhkan perlantikan Dato' Seri Najib sebagai perdana menteri yang baru. Petisyen itu, yang diserahkan kepada Istana Negara semalam, ditandatangani oleh penasihat PKR Datuk Anwar Ibrahim, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan ketua parlimen DAP Lim Kit Siang. Menghalang Dato' Seri Najib untuk menjadi perdana menteri sudah di jangkakan. Ini kerana PR merasa risau dengan ketegasan Dato' Seri Najib apabila menjadi perdana menteri kelak. Semasa di bawah pemerintahan Pak Lah, mereka telah mengambil peluang atas nama kebebasan bersuara sehingga menjadikan rakyat negara ini berbeza pendapat.

Thursday, April 2, 2009

komen saya dalam "kenapa saya tidak hadir" di www.chedet.com

Assalammualaikum Tun,

Saya sangat setuju dengan sependapat dengan Tun. Rasuah tetap rasuah. Ini akan memburukkan lagi pandangan bukan ahli UMNO terhadap parti. Saya berharap isu ini jangan jadi seperti seekor kerbau terpalit lumpur. Saya berharap mana mana individu yang telah dan akan didapati bersalah akan bertanggung jawab terhadap perbuatan mereka. Pendapat saya bukanlah atas sebab kecewa sebab pemimpin pilihan tidak terpilih tetapi atas dasar semangat dan tanggung jawab yang besar untuk memulihkan imej parti yang semakin suram dimata orang melayu.


saya percaya Lembaga Disiplin UMNO akan terus menjalankan fungsinya. Siasatlah siapa dan adakah unsur rasuah dalam kempen calon yang bertanding baru-baru ini. Ini saya anggap cabaran Lembaga Disiplin di era Dato' Seri Najib. Jika ada terdapat calon yang terbabit rasuah, LD hendaklah menasihatkan president untuk melucutkan jawatan penyandang. Ini penting untuk imej parti. Mungkin terdapat sedikit kecacatan dalam usaha "REBRANDING" UMNO ketika ini. Diharap kita balik kepangkal jalan.

Diantara Dua Bukit.......

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Pilihanraya serentak di tiga kawasan iaitu bukit selambau, bukit gantang dan batang air selepas beberapa pilihanraya kecil yang lepas menunjukkan bahwa demam pilihanraya masih lagi menjadi sindrom rakyat malaysia. Kematian penyandang kerusi parlimen bukit gantang adalah kehendak ilahi (semoga Allah menempatkan allahyarham dikalangan orang yang soleh...amin). Pilihanraya bukit gantang tidak dapat kita elakkan lagi.

Tetapi timbul pula pelbagai persoalan kepada adun bukit selambau yang meletak jawatan (apa sudah jadi.....YB?). Beliau sebelum ini memihak kepada Pakatan Rakyat- PR (belum lagi berdaftar dengan pendaftar pertubuhan) bertindak meletak jawatan dikala kemelut 3 anggota PR menjadi adun bebas dan menyokong BN. Hairan juga ex-Yang Berhormat bukit selambau mengambil tindakan letak jawatan (macam ada sesuatu yang tidak kena.......kontrak kot). Apapun ini adalah suatu pengkhianatan kepada penduduk kawasan bukit selambau. Amanah yang mereka beri kepada ex-adun tidak dijalankan dengan penuh amanah dan tanggung jawab. Mungkinkah amanah pengundi jadi soal yang kedua melebihi survival PR dan para pemimpinnya sendiri. Sama-samalah kita bongkar kisah ini. Ops..... Memandangkan Ex-adun masih berada di luar negara maka kita tidak akan mengetahui kisah yang sebenar sehinggalah selesai pengundian. Mungkin dikala itu nasi sudah menjadi bubur untuk kita mengetahui kisah di sebaliknya. Dah ada Adun baru......huhuhu ...Pandai juga mereka ni...... kalau tak tak jadi pemimpin ye...hehehehe. Tapi kot le ex-adun ni risaukan keselamatannya. Isu ini pun boleh jadi, tapi cerdik juga ye pada yang mensensasikan isu ini. Siap boleh menunding jari lagi tu.... Apapun bagi saya ini cuma satu konspirasi. Yelah nak mengekalkan segala-galanya.......

Kejatuhan beberapa negeri yang sebelum ini diperintah oleh kerajaan di bawah pimpinan BN telah beralih pimpinan. Saya melihat banyak perubahan yang berlaku di negeri-negeri yang dikuasai PR ni.Perubahan dari segi berpolitik. Adalah penting bagi mereka untuk terus berpolitik dari berkhidmat kepada rakyat demi untuk mengekalkan kuasa pada PRU akan datang. daripada isu sejarah tentang tuntutan kemerdekaan hinggalah kepada isu semasa. Mereka kata dunia akhir zaman ni ada macam-macam fitnah (tanda akhir zaman). Mereka mendakwa surat khabar yang ada (cthnya Utusan) adalah saluran fitnah kerajaan. Saya nak tanya balik pada saudara saya diluar sana. Ibaratkan macam nak mendengar, kena guna telinga kedua-dua belah baru le jelas apa yang di kata. Jangan guna telinga kiri je (Harakah, Suara keadilan, Suara pemimpin sendiri). Allah dah kurniakan akal, jangan bataskan fungsi akal saudara. Akal dan ilmu saling berkait rapat. Ilmu penting untuk neraca pertimbangan. Jangan sesekali gunakan perasaan untuk keputusan anda. Cabaran untuk mengetepikan pertimbangan perasaan amat sukar saudara. Banyak rintangan dan halangan. Pertimbangan kena betul untuk mengelakkan kita mendengar dan terpengaruh dengan fitnah.

Moralnya-Pilihlah pemimpin yang baik. Yang bukan asik menjatuhkan kredibiliti orang je... maklumlah banyak sangat nak ditutup. Bila orang nak siasat, dia jatuhkan kredibiliti. Tujuannya bagi rakyat tak percaya siapa pun yang siasat dia. Bagi le mereka ini buat kerja. Durian kalau disorok pun, baunya akan tercium juga. Begitu juga le Tahi.......

sekian,