Saturday, April 2, 2011

Video Klip sex disahkan tulin.

Petikan dari Utusan Malaysia Online (1/April/2011)


KUALA LUMPUR 1 April - Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar (gambar) hari ini mengesahkan rakaman video seks didakwa melibatkan seorang pemimpin parti pembangkang yang didedahkan baru-baru ini adalah tulen.
Katanya, pengesahan itu dibuat oleh pakar profesional yang dilantik oleh pihak polis minggu lalu untuk membuat kajian terperinci.
Menurutnya, hasil siasatan rakaman video itu yang kini di peringkat akhir akan diserahkan kepada Peguam Negara dalam masa terdekat.
"Saya telah mengarahkan pasukan penyiasat yang ditubuhkan itu agar menjalankan siasatan secara menyeluruh dan terbuka," katanya pada sidang akhbar selepas mengadakan lawatan ke Pusat Latihan Polis (Pulapol) Jalan Semarak di sini hari ini.
Pihak polis, tegas beliau, akan memanggil sesiapa sahaja bagi membantu siasatan dan setakat ini tiga individu ditahan sebelum dibebaskan dengan ikat jamin.
Dalam satu kenyataan akhbar yang dikeluarkan hari ini, Ismail berkata, pihaknya menimbang menghantar rakaman video tersebut ke luar negara untuk dianalisis pakar asing. (Tamat)

  1. Saya hairan soal prinsip dan tujuan parti PAS kerana mempertahankan Anuar Ibrahim dalam dakwaan skandal seksnya yang terkini. PAS sebuah parti yang mengamalkan prinsip dan nilai-nilai islam sebagai dasar perjuangan seperti yang termaktub dalam perlembagaan parti PAS, mencari kebenaran dalam sesuatu isu haruslah menjadi identiti.
  2. Memilih jalan tengah dengan mencadangkan siasatan secara terbuka dan telus patut menjadi respon pertama parti PAS.
  3. Respon yang berbeza dikalangan pemimpin tertinggi pusat mencerminkan sejauh mana islam itu menjadi alat politik sempit mereka.
  4.  Mungkin bagi kita yang cetek pengetahuan agama menganggap kitalah alat untuk islam itu berkembang dan gemilang, bukannya islam itu sebagai alat untuk kita mencapai gemilang dan merasa sebab kitalah islam itu berkembang. Allahu Akbar
  5. Aset berharga kini menjadi liabiliti buat parti PAS kerana teringinkan sangat jawatan menteri kewangan dan menteri pelajaran. Mungkin nak belajar mengurus duit dan mengajar budak sekolah politik. (itu sekolahlah bukan parlimen)
  6. Imej sebuah parti yang mungkin menjadi pilihan alternatif orang melayu apabila UMNO sudah tidak mendapat tempat dimasa akan datang telah bertukar kepada parti Hawa Nafsu. Parti MATLAMAT MENGHALALKAN CARA.
  7. DAP saya tak heran, mereka ramai peguam yang maha pandai menangkis pelbagai isu dan undang-undangkan ada melindungi mereka. Buatlah ikut mana pun. Pendangan saya tak akan berubah melainkan mereka iktiraf melaysia negara islam seperti Tun Dr. Mahathir cakap dan mereka perlu buktikan keikhlasan dengan memasukkannya dalam perlembagaan parti tiga bintang itu. (Setakat ni semua orang tahu BN parti lima bintang dalam malaysia)
  8.  Semua ini ada hikmahnya dalam perhitungan rakyat malaysia bila memilih pemimpin. Sama ada memilih mereka yang berpengetahuan dalam bidang agama tetapi dalam hal mentadbir dunia begitu kabur hala tujunya.
  9. Atau memilih yang mempunyai perwatakan warak tetapi liar akhlaknya malah tergolong dalam mereka yang tidak diakui sebagai ummat Nabi Muhamad.
  10. Atau pun mereka yang kurang pengetahuan agama tetapi berpijak dibumi nyata berkenaan syiar islam di bumi malaysia ini dan berkebolehan dalam mentadbir hal-hal dunia.
  11. Sungguh mengecewakan. Sebagai seorang warganegara malaysia, saya sebenarnya sudah penat dimomokkan dengan isu pemimpin - pemimpin yang tidak berakhlak. dan korup. sama ada SEMUA ini hanya isu yang dipolitikkan atau sebaliknya saya sudah JELAK dan penat.
  12. Apa-apa pun marilah kita saksikan anugerah tuhan ini survive selepas ini.