Thursday, April 2, 2009
Diantara Dua Bukit.......
Pilihanraya serentak di tiga kawasan iaitu bukit selambau, bukit gantang dan batang air selepas beberapa pilihanraya kecil yang lepas menunjukkan bahwa demam pilihanraya masih lagi menjadi sindrom rakyat malaysia. Kematian penyandang kerusi parlimen bukit gantang adalah kehendak ilahi (semoga Allah menempatkan allahyarham dikalangan orang yang soleh...amin). Pilihanraya bukit gantang tidak dapat kita elakkan lagi.
Tetapi timbul pula pelbagai persoalan kepada adun bukit selambau yang meletak jawatan (apa sudah jadi.....YB?). Beliau sebelum ini memihak kepada Pakatan Rakyat- PR (belum lagi berdaftar dengan pendaftar pertubuhan) bertindak meletak jawatan dikala kemelut 3 anggota PR menjadi adun bebas dan menyokong BN. Hairan juga ex-Yang Berhormat bukit selambau mengambil tindakan letak jawatan (macam ada sesuatu yang tidak kena.......kontrak kot). Apapun ini adalah suatu pengkhianatan kepada penduduk kawasan bukit selambau. Amanah yang mereka beri kepada ex-adun tidak dijalankan dengan penuh amanah dan tanggung jawab. Mungkinkah amanah pengundi jadi soal yang kedua melebihi survival PR dan para pemimpinnya sendiri. Sama-samalah kita bongkar kisah ini. Ops..... Memandangkan Ex-adun masih berada di luar negara maka kita tidak akan mengetahui kisah yang sebenar sehinggalah selesai pengundian. Mungkin dikala itu nasi sudah menjadi bubur untuk kita mengetahui kisah di sebaliknya. Dah ada Adun baru......huhuhu ...Pandai juga mereka ni...... kalau tak tak jadi pemimpin ye...hehehehe. Tapi kot le ex-adun ni risaukan keselamatannya. Isu ini pun boleh jadi, tapi cerdik juga ye pada yang mensensasikan isu ini. Siap boleh menunding jari lagi tu.... Apapun bagi saya ini cuma satu konspirasi. Yelah nak mengekalkan segala-galanya.......
Kejatuhan beberapa negeri yang sebelum ini diperintah oleh kerajaan di bawah pimpinan BN telah beralih pimpinan. Saya melihat banyak perubahan yang berlaku di negeri-negeri yang dikuasai PR ni.Perubahan dari segi berpolitik. Adalah penting bagi mereka untuk terus berpolitik dari berkhidmat kepada rakyat demi untuk mengekalkan kuasa pada PRU akan datang. daripada isu sejarah tentang tuntutan kemerdekaan hinggalah kepada isu semasa. Mereka kata dunia akhir zaman ni ada macam-macam fitnah (tanda akhir zaman). Mereka mendakwa surat khabar yang ada (cthnya Utusan) adalah saluran fitnah kerajaan. Saya nak tanya balik pada saudara saya diluar sana. Ibaratkan macam nak mendengar, kena guna telinga kedua-dua belah baru le jelas apa yang di kata. Jangan guna telinga kiri je (Harakah, Suara keadilan, Suara pemimpin sendiri). Allah dah kurniakan akal, jangan bataskan fungsi akal saudara. Akal dan ilmu saling berkait rapat. Ilmu penting untuk neraca pertimbangan. Jangan sesekali gunakan perasaan untuk keputusan anda. Cabaran untuk mengetepikan pertimbangan perasaan amat sukar saudara. Banyak rintangan dan halangan. Pertimbangan kena betul untuk mengelakkan kita mendengar dan terpengaruh dengan fitnah.
Moralnya-Pilihlah pemimpin yang baik. Yang bukan asik menjatuhkan kredibiliti orang je... maklumlah banyak sangat nak ditutup. Bila orang nak siasat, dia jatuhkan kredibiliti. Tujuannya bagi rakyat tak percaya siapa pun yang siasat dia. Bagi le mereka ini buat kerja. Durian kalau disorok pun, baunya akan tercium juga. Begitu juga le Tahi.......
sekian,
Sunday, March 8, 2009
Demang Lebar Daun
Pengenalan
Bahagian 1
Allah berfirman;
” Wahai orang-orang yang beriman, Taatilah Allah dan taatilah Rasul, dan Ulil amri diantara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al-QURAN) dan Rasulnya (SUNNAHNYA), jika kamu benar – benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya. (Surah An-Nisa : 59)
” Kamu (umat Islam) adalah umat terbaik yg di lahirkan untuk manusia, (kerana kamu) menyuruh (berbuat) yg ma’ruf, dan mencegah dari yg mungkar, dan beriman kepada Allah.” ( Surah Al-Imran:110 ).
Sabda Rasullulah SAW;
” Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yg mana apabila kamu berpegang padanya kamu tidak akan sesat; iaitu Al-Quran dan Al-Sunnah” ( Riwayat Malik ).
Sejarah Melayu;
Petikan kisah Demang Lebar Daun dengan Sang si Perba
Sang si Perba (Nila Utama)– Anak Raja Suran Keturunan Iskandar Zulkarnain
Demang Lebar Daun – Raja
Nila Utama, Nila Pahlawan dan Kerishna Pendita diceritakan muncul di tengah Sungai Melayu, di Bukit Siguntang, yang hulunya di Gunung Maha Miru, dekat padang Penjaringan dalam negeri Palembang. Dua beradik Nila Utama bertemu jodoh iaitu Nila Pahlawan berkahwin dengan Wan Empok dan Kerishna Pendita berkahwin dengan Wan Malini. Nila utama pula mendapat gelaran baru iaitu Sang si Perba.
Palembang diperintah oleh raja yang bernama Demang Lebar daun. Mendengar khabar ada anak raja besar keturunan Iskandar Zulkarnain turun di Bukit Siguntang, baginda pun terus ke sana untuk bertemu-muka dan mengambil berkat kebesaran anak raja itu.
Dipendekkan cerita, berita ini tersebar ke jauh merata tempat di alam pelusuk melayu. Maka raja –raja lain pun datang sama dan ada yang membawa anak bini. Maka Sang Si Perba pun mengambil mana-mana puteri raja dibuat isteri dan mereka menerima sahaja kerana rasa bertuah bermenantukan anak cucu Iskandar Zulkarnain. Malangnya, semua puteri ini kedal setelah “dijamah” baginda.
Tersebutlah nama anak Demang Lebar Daun iaitu Wan Sendari yang cantik paras rupa. Sang Si Perba berniat untuk memperisterikannya tetapi si bapa (Demang lebar daun) pula khuatir puterinya pun akan kedal.
Sembah Demang Lebar Daun:
“Jikalau anak patik tuanku peristeri, nescaya kedallah”. Akan tetapi jikalau tuanku ingin berwa’adat (berjanji sumpah setia) dengan patik, maka patik persembahkan anak patik ke bawah duli Yang di-Pertuan.”
Disinilah termetrai taat setia anak melayu dengan Raja besarnya. Sebab itulah sudah menjadi darah melayu untuk taat kepada Raja.
Sembah Demang Lebar Daun:
“Adapun tuanku, segala anak cucu patik sedia akan jadi hamba ke bawah duli Yang di-Pertuan; hendaklah ia diperbaiki oleh anak cucu duli tuanku. Dan jika ia berdosa, sebesar-besar dosanya pun, jangan difadhihatkan, dinusta dengan kata-kata jahat. Jikalau besar dosanya dibunuh, itupun jikalau berlaku pada hukum Shara’.”
Sang Si Perba bertitah:
“Akan minta bapa itu hamba kabulkanlah. Tetapi hamba minta satu janji pada bapa hamba…
Sembah Demang Lebar Daun:
‘Janji yang mana itu, tuanku?”
Sang Si Perba bertitah:
“Hendaklah akhir zaman kelak anak cucu bapa hamba jangan derhaka pada anak cucu kita. Jikalau ia zalim dan jahat pekerti sekali pun”.
Sembah Demang Lebar Daun:
“Baiklah tuanku. Tetapi jikalau anak buah tuanku dahulu mengubahkan dia, maka anak cucu patek pun mengubahkanlah.
”Sang Si Perba bertitah:
“Baiklah, kabullah hamba akan wa’adat itu.”
Mereka pun bersumpah-sumpahan serta berteguh janji, barang siapa yang mengubah perjanjian itu dibalikkan Allah bumbung rumahnya ke bawah, tiangnya ke atas.
Masa tidak mengizinkan saya untuk menyambung leteran ini. Izinkan saya berundur diri dan insyaallah saya akan kembali dengan leteran yang lain dalam waktu terdekat. Salam Hormat dan berjumpa lagi.
Assalammualaikum Tun,
Saya sangat setuju dengan sependapat dengan Tun. Rasuah tetap rasuah. Ini akan memburukkan lagi pandangan bukan ahli UMNO terhadap parti. Saya berharap isu ini jangan jadi seperti seekor kerbau terpalit lumpur. Saya berharap mana mana individu yang telah dan akan didapati bersalah akan bertanggung jawab terhadap perbuatan mereka. Pendapat saya bukanlah atas sebab kecewa sebab pemimpin pilihan tidak terpilih tetapi atas dasar semangat dan tanggung jawab yang besar untuk memulihkan imej parti yang semakin suram dimata orang melayu.
saya percaya Lembaga Disiplin UMNO akan terus menjalankan fungsinya. Siasatlah siapa dan adakah unsur rasuah dalam kempen calon yang bertanding baru-baru ini. Ini saya anggap cabaran Lembaga Disiplin di era Dato' Seri Najib. Jika ada terdapat calon yang terbabit rasuah, LD hendaklah menasihatkan president untuk melucutkan jawatan penyandang. Ini penting untuk imej parti. Mungkin terdapat sedikit kecacatan dalam usaha "REBRANDING" UMNO ketika ini. Diharap kita balik kepangkal jalan.